Zero-Interest Instalment Plan (ZIIP)

  1. This promotion is open to all Public Bank and Public Islamic Bank Principal and Supplementary Credit Cardmembers including employees of the Public Bank Group, Public Bank’s Subsidiaries, Public Bank’s advertising agencies and their immediate families (“PB Cardmembers”).
  2. The PB Cardmembers shall be bound by Public Bank’s Terms and Conditions governing the use and operation of the Credit Card Account in addition to the terms and conditions herein.
  3. The Merchant appointed by Public Bank Berhad (Bank) as the Principal Merchant(s) are responsible in making available ZIIP in nosda.com.my and be responsible for the sale and delivery (where appropriate) of the respective item(s).
  4. The Bank shall effect the necessary periodic payments by charging the Cardmember’s credit card for all payments pursuant to this promotion to the respective Principal Merchant(s). The Bank disclaims any liability or duty relating to the item(s). The item(s) is/are sold and supplied to the Cardmember’s by the Principal Merchant(s) who are solely responsible for all obligations and liabilities relating to the supply, sale, merchantability, warranty and all ancillary services in respect of the item(s).
  5. The details and particulars provided by the Cardmember in the ZIIP option available at nosda.com.my shall be deemed final and irrevocable.
  6. The ZIIP item is subject to availability, sufficient Credit Line in the Card Account of the PB Cardmember and acceptance of the ZIIP by the Bank and the Principal Merchant(s).
  7. ZIIP for 6 months is valid with minimum spending of RM500 in a single transaction and ZIIP for 12 months is valid with minimum spending of RM1,000 in a single transaction.
  8. All payments must be made through PB Credit Card/-i.
  9. Upon acceptance of the ZIIP, the Bank shall debit the available Credit Line in the credit card for the purchase price of the item(s) which shall be charged to the Card Account of the PB Cardmember. The transaction details will appear on the Cardmember’s credit card monthly statement of account.
  10. PB Cardmembers are required to pay the total amount of monthly instalment for the ZIIP item(s) offered by the Principal Merchant(s), subject to merchant offer.
  11. In the event of failure to pay the total amount of monthly instalment on or before the payment due date, shall be subject to the standard tiered Finance Charge/ Management Fee of 15% – 18% per annum, calculated on daily rest imposed on all outstanding balances until full repayment.
  12. For payment of the item(s) by instalments, upon acceptance of the ZIIP, the Cardmember hereby agrees with the Bank as follows:
    • The Bank is authorised by the Cardmember to make payment to the Principal Merchant(s) immediately on acceptance of the ZIIP;
    • Each instalments payment shall be charged monthly by the Bank to the Card Account; and
    • In the event that the Cardmember’s available Credit Line is exceeded when the instalments payable is charged to the Card Account as aforesaid, the Cardmember shall take all necessary actions to regularise the Card Account before next monthly instalments is due. Failing which, all outstanding instalments or balance of monies owing under the arrangement herein shall immediately become due and payable by the Cardmember and shall be charged to the Card Account without further reference to the Cardmember.
  13. In the event of a default of payment of any monies due under the Credit Card Account or breach of any provisions of the Cardmember Agreement and/or any of the terms and conditions herein by the Cardmember and/or cancellation of the Credit Card Account and/or termination of the Credit Card Account for any reason whatsoever, the Cardmember agrees as follows :
    •  All outstanding instalments or balance of monies owing under the arrangement herein shall immediately become due and payable by the Cardmember and shall at the absolute discretion of the Bank be charged to the Credit Card Account where upon the terms and conditions in the Cardmember Agreement shall apply to all the said instalments or balance; and
    • The Bank reserves the right to terminate the monthly instalments arrangement.
  14. The terms and conditions herein are in addition to the terms and conditions in the Cardmember Agreement applicable to the Card Account and in the event of inconsistency between these terms and conditions and the said Agreement, these terms and conditions shall prevail in so far as they apply to the ZIIP programme and the purchase of the item(s) by the Cardmember.
  15. The Bank reserves the exclusive rights to change, amend, delete or add on to these Terms and Conditions from time to time with at least twenty one (21) days prior notice at www.pbebank.com website.
  16. If there is a discrepancy between the Bahasa Malaysia and English version of the terms and conditions, the English version shall prevail.

Pelan Asuran Sifar Faedah (ZIIP)

  1. Promosi ini dibuka kepada semua Ahli Kad Kredit Utama dan Ahli Kad Tambahan yang baru dan sedia ada Public Bank dan Public Islamic Bank termasuk pekerja Kumpulan Public Bank, Subsidiari-subsidiari PB, agensi pengiklanan PB dan keluarga terdekat mereka (“Ahli Kad PB”)
  2. Ahli Kad PB hendaklah terikat dengan Terma dan Syarat Public Bank yang mengawal penggunaan dan pengendalian Akaun Kad Kredit selain terma dan syarat di dalam ini.
  3. Saudagar yang dilantik oleh Public Bank Berhad (Bank) sebagai Saudagar Utama bertanggungjawab dalam menyediakan ZIIP di nosda.com.my dan bertanggungjawab bagi
    jualan dan penghantaran (mana yang berkenaan) barang-barang berkaitan.
  4. Bank hendaklah melaksanakan pembayaran berkala yang perlu dengan mengecajkan kepada kad kredit Ahli Kad PB bagi semua pembayaran mengikut promosi ini kepada Saudagar Utama. Bank menolak apa-apa liabiliti atau tanggungjawab berkaitan dengan barang-barang tersebut. Barang- barang tersebut dijual dan dibekalkan kepada Ahli Kad PB oleh Saudagar Utama yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua obligasi dan liabiliti berkaitan dengan bekalan, jualan, kebolehdagangan, jaminan dan semua perkhidmatan sampingan berkaitan dengan barang-barang tersebut.
  5. Butir-butir dan maklumat yang diberikan oleh Ahli Kad PB dalam pilihan ZIIP yang terdapat di laman web nosda.com.my hendaklah dianggap muktamad and tidak boleh dibatalkan.
  6. ZIIP ini tertakluk pada sama ada ia masih ada atau tidak, Kemudahan Kredit yang mencukupi dalam Akaun Kad Ahli Kad PB dan penerimaan ZIIP oleh Bank dan Saudagar Utama.
  7. ZIIP untuk 6 bulan sah dengan belanja minimum sebanyak RM500 dalam urus niaga tunggal dan ZIIP selama 12 bulan sah dengan belanja minimum sebanyak RM1,000 dalam urus niaga tunggal.
  8. Semua pembayaran hendaklah dibuat melalui Kad Kredit/-i PB.
  9. Selepas penerimaan ZIIP, Bank akan mendebit Kemudahan Kredit bagi Kad Kredit yang sedia ada bagi harga belian barang-barang yang akan dicaj ke Akaun Kad Ahli Kad PB. Butir-butir urus niaga akan dicatatkan dalam penyata akaun bulanan kad Kredit Ahli Kad PB.
  10. Ahli Kad PB dikehendaki membayar keseluruhan amaun ansuran bulanan untuk barang ZIIP yang ditawarkan oleh Saudagar Utama, tertakluk pada tawaran oleh saudagar berkenaan.
  11. Sekiranya berlaku kegagalan untuk membayar keseluruhan amaun ansuran bulanan pada atau sebelum tarikh pembayaran perlu dibuat, akan tertakluk pada caj kewangan/ fi pengurusan bertingkat biasa sebanyak 15% – 18% setahun, dikira berasaskan kiraan atas baki harian yang dikenakan atas semua baki tertunggak sehingga pembayaran penuh dibuat.
  12. Bagi pembayaran barang-barang tersebut secara ansuran, apabila penerimaan ZIIP, Ahli Kad PB dengan ini bersetuju dengan Bank seperti berikut:
    • Bank diberi kuasa oleh Ahli Kad PB untuk membuat bayaran kepada Saudagar Utama sebaik sahaja ZIIP diterima.
    • Setiap bayaran ansuran hendaklah dicajkan secara bulanan oleh Bank kepada Akaun Kad; dan
    • Sekiranya Kemudahan Kredit sedia ada Ahli Kad PB telah melebihi hadnya semasa ansuran yang perlu dibayar dicajkan kepada Akaun Kad seperti yang tersebut di atas, Ahli Kad PB hendaklah mengambil tindakan yang perlu untuk mengemaskinikan Akaun Kad tersebut sebelum ansuran bulanan yang berikutnya perlu dijelaskan. Sekiranya tidak, semua ansuran yang tertunggak atau baki belum jelas di bawah perjanjian ini akan serta-merta menjadi perlu dibayar oleh Ahli Kad PB dan akan dicajkan kepada Akaun Kad tanpa merujuk lagi kepada Ahli Kad PB.
  13. Sekiranya berlaku kemungkiran pembayaran apa-apa wang yang perlu dibayar di bawah Akaun Kad Kredit atau pelanggaran apa-apa peruntukan dalam Perjanjian Ahli Kad dan/atau mana-mana terma dan syarat di dalam ini oleh Ahli Kad PB dan/atau pembatalan Akaun Kad Kredit dan/atau penamatan Akaun Kad Kredit atas apa juga sebab, Ahli Kad PB bersetuju seperti berikut:
    • Semua ansuran yang tertunggak atau baki belum jelas di dalam perjanjian ini hendaklah dengan serta-merta menjadi perlu dibayar oleh Ahli Kad PB dan hendaklah mengikut budi bicara mutlak Bank dicajkan kepada Akaun Kad Kredit yang terma dan syarat dalam Perjanjian Ahli Kad hendaklah terpakai bagi semua ansuran atau baki tersebut; dan
    • Bank berhak untuk menamatkan perjanjian ansuran bulanan tersebut.
  14. Terma dan Syarat di dalam ini adalah tambahan kepada terma dan syarat dalam Perjanjian Ahli Kad yang diterima pakai bagi Akaun Kad dan sekiranya terdapat tidak konsisten antara terma dan syarat ini dan Perjanjian tersebut, terma dan syarat ini hendaklah diterima pakai setakat ia terpakai bagi program ZIIP dan pembelian barang-barang oleh Ahli Kad PB.
  15. Bank mempunyai hak eksklusif untuk mengubah, meminda, memotong atau menambah kandungan dalam Terma dan Syarat ini dari semasa ke semasa dengan sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari notis terlebih dahulu pada laman web www.pbebank.com.
  16. Sekiranya terdapat percanggahan dalam terma dan syarat bagi versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, versi Bahasa Inggeris hendaklah diterima pakai.
Item added to cart.
0 items - RM0.00